IKLAN

IKLAN
PUSAT RAWATAN ISLAM

Tuesday 25 August 2015

46 mangsa ribut dapat perhatian

SINAR HARIAN

PARIT BUNTAR - Seramai 46 mangsa ribut di Parlimen Parit Buntar lega apabila mendapat perhatian Ketua Umno bahagian Parit Buntar, Abu Bakar Md Ali yang menghulurkan bantuan kecemasan.

Abu Bakar berkata, kesemua penduduk yang hadir menerima bantuan terdiri daripada mangsa ribut yang melanda seluruh daerah Kerian pada 8 Ogos lalu.

Menurutnya, jumlah mangsa ribut terdiri daripada 10 keluarga di Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang (16) dan Kuala Kurau (19).

“Bagi meringankan beban mangsa ribut, kami bersama agensi kerajaan menyalurkan bantuan wang dan kotak makanan daripada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) kepada mereka.



“Pada masa sama, kami akan meneliti rumah mangsa ribut yang mengalami kerosakan teruk dan akan mengemukakan permohonan kerja membaik pulih rumah mereka kepada agensi kerajaan berkaitan,” katanya kepada media sewaktu menyampaikan sumbangan bencana ribut kepada 46 mangsa ribut di Pejabat Penghulu Mukim Parit Buntar di sini kelmarin.

Hadir sama, Penghulu Kanan Mukim Parit Buntar, Shahrul Nizam Razali.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, kekerapan kawasan itu dilanda ribut dan angin kencang memerlukan kajian pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Katanya, hasil kajian itu mungkin dapat memberi petunjuk yang boleh dijadikan panduan untuk menangani atau mengurangkan kerosakan apabila ribut melanda.

“Kekerapan kejadian itu bukan sahaja menyebabkan penduduk mengalami kerugian, malah akan mengancam keselamatan mereka pada masa akan datang,” katanya.

No comments:

Post a Comment