IKLAN

IKLAN
PUSAT RAWATAN ISLAM

Tuesday 25 August 2015

RAJA BOMOH SERU BAGI PELUANG NAJIB

Laporan: SABRI ALI

RAJA BOMOH SEDUNIA, Datok Seri Panglima Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyeru rakyat Malaysia memberi peluang kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak untuk mentadbir negara ini dengan caranya tersendiri.  Dato’ Mahaguru berpendapat bahawa adalah tidak adil sekiranya kita mendesaknya meletak jawatan sedangkan tempoh pentadbirannya masih belum berakhir.



“ Saya berpendapat, ianya seperti orang membuat rumah yang belum siap, jadi bila rumah belum siap kenapa kita perlu komplen itu ini sedang rumah itu belum siap. Nanti kalau dah siap barulah kita boleh berkata itu ini,”
“ Perkara ini sama dengan situasi pemerintahan Dato Seri Najib, pentadbirannya belum habis dan dia masih banyak masa untuk memerintah, jadi kita bagilah peluang kepadanya untuk menguruskan negara ini,” ujar Dato Mahaguru ketika ditemui baru-baru ini.
Dato’ Mahaguru berkata lagi bahawa Dato’ Najib mempunyai caranya tersendiri dalam pemerintahannya. Sewaktu pemerintahannya ini banyak pembaharuan dan kebaikan kepada rakyat dia telah lakukan seperti pemberian wang tunai kepada hampir separuh rakyat Malaysia seperti BR1M.
Menurut Dato’ Mahaguru lagi, bukan itu sahaja, ramai golongan mendapat kebaikan dari pemerintahannya seperti pemandu teksi, petani, polis, tentera, penjawat awam dan pelbagai lagi.
Oleh itu, Dato’ Mahaguru berharap agar rakyat Malaysia jangan mengganggunya dalam menjalankan tugas sebagai perdana menteri. Dato’ Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang juga mahaguru silat tertua di nusantara ini bersama 3 juta ahli persilatannya berdoa sepanjang masa agar negara Malaysia ini aman, makmur dan tenteram serta jauh dari ancaman musuh dari dalam atau luar.
Dalam kesempatan itu, Dato Mahaguru Ibrahim juga mengucapkan tahniah ke atas Dato Seri Zahid Hamidi kerana dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin.




“ Selain rasa syukur, saya juga bangga kerana Dato Seri Zahid adalah anak jati Perak seperti saya malahan kampung kami berdekatan. Saya tahu Dato Zahid adalah dari keturunan yang baik-baik dan dia mampu untuk membantu Perdana Menteri dalam menguruskan negara ini,” jelas Dato Mahaguru mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment