IKLAN

IKLAN
PUSAT RAWATAN ISLAM

Tuesday 1 September 2015

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN RAJA BOMOH



SEMPENA menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke 58 ini, Raja Bomoh, Dato’ Seri Panglima Mahaguru Ibrahim Mat Zin mengaharapkan negara kita Malaysia ini menjadi lebih aman dan makmur. Dato Mahaguru juga berharap agar negara kita ini diperintah oleh kerajaan dengan rasa penuh tanggung jawab dan telus.


Menurut Dato Mahaguru lagi, rakyat negara ini termasuk nenek moyang kita dahulu sudah cukup tersiksa dengan penjajah yang menjajah negara ini, malah banyak yang mati memperjuangan kemerdekaan negara ini.

“ Oleh itu saya amat berharap negara ini terus makmur di bawah pemerintahan kerajaan yang sedia ada ini melalui gabungan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi,” ujar Dato Mahaguru Ibrahim.

Dato Mahaguru yang juga presiden Persatuan Senilat Gayung Ghaib Malaysia, yang mempunyai ahli hampir 3 juta orang ini mengimbas kembali sejarah menuntut kemerdekaan dahulu bersama-sama pejuang-pejuang negara.

“ Saya juga antara yang terlibat mempertahankan Malaysia dan pada zaman itu dikenali dengan nama Tanah Melayu. Saya lihat tok nenek moyang kita dulu juga berjuang mati-matian mempertahankan negara ini, jadinya saya harap generasi sekarang harus bersemangat waja untuk menjaga negara ini agar tidak lagi dijajah seperti dahulu,” ujar Dato Mahaguru Ibrahim lagi mengenangkan zaman sebelum merdeka.

Menurut Dato Mahaguru, merdeka bukan sahaja ertinya terlepas dari jajahan penjajah, namun merdeka juga bererti lepas dari segala fikiran yang tak elok, maju dalam semua bidang dan berhasrat menjaga negara ini secara individu.

Setiap rakyat dinegara ini harus mempunyai tanggung jawab untuk melahirkan negara yang aman, maju dan sejahtera.


“ Saya sebagai mahaguru silat yang tertua di nusantara ini juga berikrar bersama lebih 3 juta ahli silat saya untuk mejaga keamanan negara ini dari segala bentuk ancaman termasuk anasir dalam dan dari luar. Kami sanggup bermatian menjaga negara ini supaya rakyat semua hidup dalam harmoni,” ikrar Dato Mahaguru Ibrahim mengakhiri.

No comments:

Post a Comment