IKLAN

IKLAN
PUSAT RAWATAN ISLAM

Tuesday 8 September 2015

PEMIJAK FOTO PEMIMPIN KURANG AJAR! – RAJA BOMOH

RAJA BOMOH SEDUNIA, Dato Seri Panglima Mahaguru Ibrahim Mat Zin menganggap mereka yang memijak foto pemimpin, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Dato Seri Haji Hadi Awang sebagai kurang ajar dan perlu diajar.

Lantaran insiden itu di Perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini di Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berjanji akan menangkap mereka yang bertanggung jawab memijak foto pemimpin itu di Dataran Merdeka.
“ Saya menyokong usaha PDRM untuk menangkap dan mendakwa mereka yang kurang ajar itu dan dikenakan hukuman sewajarnya,” ujar Dato Mahaguru menyokong usaha ketua polis negara.

Dato Mahaguru Ibrahim memberi amaran keras kepada pemijak foto pemimpin

Dato Mahaguru Ibrahim juga berjanji akan membantu pihak polis untuk menjejaki mereka yang bertangung jawab itu hingga ke lubang cacing.
“ Saya telah mengarahkan anak-anak murid saya supaya berusaha membantu polis menjejaki mereka yang memijak foto pemimpin itu dan sekiranya dapat ditangkap serah segera kepada pihak polis,” tegas Dato Mahaguru Ibrahim lagi.


Polis menawarkan ganjaran kewangan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sewaktu perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata polis memandang serius perbuatan memijak gambar itu kerana ia mewujudkan suasana tegang sehingga membangkitkan ketidaktenteraman awam dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Selain itu, Dato Mahaguru Ibrahim juga akan berusaha secara ritual mengikut perubatan tradisonal Islam bagi mengesan mereka yang terbabit.


“ Polis dan orang ramai berusaha mencari mereka dengan cara mereka dan saya akan berusaha mengikut cara saya sendiri supaya mereka yang melarikan diri dari undang-undang ini dapat dikesan. Insya Allah, Allah akan membantu usaha kita,” ujar Dato Mahaguru mengakhiri perbualan

No comments:

Post a Comment